Pendidikan Remaja


Remaja adalah generasi yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Remaja cemerlang juga merupakan aset yang paling berharga bagi sesebuah negara. Kecemerlangan generasi baru ini akan dapat diwujudkan sekiranya golongan remaja ini tahu akan matlamat hidup mereka.

Ibubapa merupakan tunggak dalam pembinaan, pembentukan dan pendidikan awal remaja iaitu pendidikan dari tahap bayi hingga ke peringkat remaja.

Membezakan-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

Adalah menjadi tuntutan Islam supaya ibubapa sentiasa adil dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anak. Pada kebiasaannya perbezaan kasih sayang itu adalah berdasarkan kepada pelbagai kelebihan yang tertentu yang terdapat dalam diri seseorang anak itu seperti kecantikannya, kepandaiannya, kerajinannya dan sebagainya yang boleh dibanggakan.

Antara kesan negatif akibat kesilapan ini:

* Mewujudkan tekanan perasaan dalam diri anak-anak
* Menimbulkan rasa permusuhan di kalangan anak-anak
* Menjadi punca anak-anak lari dari rumah
* Mengakibatkan anak-anak terjebak dengan permasalahan sosial

Langkah-langkah positif:

* Hayati bahawa perbuatan tersebut adalah ditegah
* Ibubapa harus belajar menyelami hati dan perasaan anak-anak
* Sentiasa yakin bahawa setiap anak-anak mempunyai sifat dan kelakuan yang berbeza
* Sentiasa membantu anak-anak untuk menyerlahkan potensi diri mereka
* Menyedari tentang kesan akibat kesilapan tersebut
* Ibubapa harus menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak

Suka bertengkar di hadapan anak-anak:

Adalah menjadi kesilapan sekiranya pertengkaran suami isteri diketahui oleh anak-anak mereka kerana ia boleh menimbulkan kesan negatif dalam diri mereka, antaranya:

* Tekanan jiwa
* Boleh mengganggu pelajaran anak-anak
* Mewujudkan perasaan benci dan marah terhadap ibubapa
* Anak-anak akan mewarisi perbuatan tersebut

Langkah-langkah positif

* Ibubapa perlu mengelak daripada berlakunya pertengkaran dalam keluarga dan sekiranya berlaku, perlu dielakkan daripada bertengkar dihadapan anak-anak
* Elakkan perbuatan menegakkan benang yang basah di hadapan anak-anak
* Paparkan hidup secara berkasih sayang dan bertoleransi
* Sekiranya wujud permasalahan dalam keluarga, selesaikan masalah secara damai
* Sebaiknya menyembunyikan masalah daripada pengetahuan anak-anak
* Hubungan di antara suami dengan isteri adalah rahsia

0 Comments:

Post a Comment